Tuesday, July 15, 2008

coretan e-mail terakhir Sham Macho July 2008


Dear Colleagues,
As some may already in the know that I will end my service with FMS in this month of July 2008. Jadi tak lengkap kalau tak menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf atas salah silap saya selama berkhidmat bersama-sama Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
Below are some thoughts yang sempat I recall. Yang tak disebut-sebut nama tu diharap tak kecil hati sebab sememangnya anda juga tetap istimewa dan sesetengah tu sebab email address pun tak ada (apalah punya kawan) atau sedikit kurang berinteraksi menyebabkan hubungan kita sedikit terbatas. Walauapapun, anda masih istimewa dan luar biasa hebat.

Ceritanya la kan :
En Mohd Nawam Istam
Ini kira SiFu I la..jangan tak percaya..dalam diam banyak saya belajar dengan Abang Nawam nih..dulu nak kira-kira pakai jari je sebab itu aje yang I pandai tapi lepas menuntut separuh jalan dengan dia I dah pandai guna kukilator (bahasa Jawa Sanscript) aka kalkulator..yang bawa I masuk kerja kat sini pun dia..yang bagi I resign pun dia..eh silap..silap dia cuma vet thru surat I..tak baik engkoworang mengatakan I resign sebab dia..tak patut tak patut..
Dia memang ada kelas @ class tersendiri..ala-ala expatriate gitu ha..tapi orangnya yang paling cool dan kalau dia dah marah dia tak bercakap..yang bestnya dia tak ambik hati…sangat (tak tau la kan…hati) tapi yang nyata zahirnya macam tulah En Nawam kita…yang tak tahan tu sesekali dia joke..boleh longlai gak la dibuatnya..Jawa…iya Jawa itu sememangnya cukup hebatttt….macam-macam hebatnya tu…tapi jangan tanya la…ia merangkumi sekelian pelusuk ilmu di dunia ni…wahhh hebat sekali…
Lagi kehebatan MNI ni..dia boleh pakai ‘spek’ kat dagu...buat mereka yang pakai ‘spek’ pernah cuba buat camtu…saya cuba tapi tetap tak nampak apa kat depan mata tapi MNI pakai ‘spek’ kat dagu bukan kata nampak apa depan mata…lagi bertambah hebat dia...mungkin kita nak kena belajar ilmu dagu la kot..jadi kawan-kawan buatlah deposit untuk menuntut dengan dia…dah nak pencen dah Abang kita tu next year..walaupun masih hensem kacak lagi bergaya tapi IC dia tak bagi chance dia berbohong pasal umur dia...muda lagi hati jiwa dan perasaan dia tu..rambut je salah ‘highlight’ patutnya blonde tapi Jawa kan kalau nak blonde macam tak kena gaya je last-last tu yang highlight warna ‘grey’ tu…jangan marah En Nawam..risau gak asyik mengata je ni…kena sedagu kang lak kan…
Oklah cukup cerita Abang MNI kita..pendekata saya nak ucapkan sebanyak-banyak-banyak-banyak terima kasih atas peluang, tunjuk ajar, bantuan, kefahaman dan semangat setia-kawan kita selama ini..dan mohon ampun maaf atas salah silap saya pada En Nawam..Jawa memang banyak Ilmu..

Puan Hasniyah
Minta maaf dulu sebab patutnya Puan dulu pastu baru Puan tapi sebab kita berkenalan kemudian jadi saya kemudiankan sedikit je…Puan Hasniyah..seorang ketua yang penuh dengan sifat keibuan, wanita berkerjaya, anggun sekali sekala adakala out gak..tapi yang bestnya ceria selalu…siapa jadi MENANTU dia memang boleh lupakan Keluarga sendiri silap hari bulan..very understanding..penyabar..package yang ada pada Puan tu kan kalau kita ada boleh pergi jauh…dulu saya baru nak ambik sikit-sikit package Puan Nor dia pulak resign..tinggal Puan Nur kat Perak aje…nak belajor dengan dia pun jauh kat Ipoh..eh ini cerita Puan Hasniyah la..
Terima kasih Puan kerana membuka ruang untuk saya memantapkan diri..peluang-peluang especially training untuk ‘orang atasan’ yang didedahkan kepada saya sememangnya sungguh bermakna dan boleh digunapakai untuk masa hadapan saya..way of thinking saya semakin berkembang sebab ‘first seek to understand then to be understood’..banyak membantu dalam lebih memahami erti kata Pengurusan efektif.
Sekali sekala ada gak dia marah tapi dia tetap ceria…senyum aje walaupun hati berbakul kata-kata hamunnya kat saya...iye ke Puan…dak kot? Sayangnya peluang tak lama untuk saya terus berkhidmat untuk Puan..Lan jaga kona na!!! Peluang lain datang tanpa dirancang dan tak terkata dan akhirnya saya gapai. Sampai ke hari ni kekadang terfikir gak macamana nak jadi macam dia…takpelah tanamkan dulu dalam sub-conscious mind nanti dalam diam jadi la dia..kan???
Anyway, walaupun cuma baru 6 bulan bekerja di bawah seliaan Puan, saya tak pulak terlepas mengutip apa jua ilmu yang ada depan mata…dan oleh itu saya juga perlu menyatakan rasa terima kasih saya kepada Puan. Terima kasih banyak-banyak atas tunjuk ajar dan selok belok dan maafkan saya seadanya atas kelemahan saya.

En Razali Hamid aka Kiai Janggut
Orangnya warak..janggut dah makin panjang..suara lantang..tegas dan ‘tepat’ (straight forward gak la)..tapi itulah sebaiknya daripada diam-diam ubi rupanya marahkan diri ini. Ingat lagi masa datang interview..nak buat PAPi test..dialah orang pertama dalam ofis ni yang terpa saya untuk bersalam tanda ikhlas seorang kawan...sekarang dah makin hebat kawan saya ni..paling ketara kalau takde dia memang lambat la kita dapat Bonus atau Increment…pangkat pun dah makin tinggi cuma dia je maintain tinggi yang sama..badan pun macam gak dari tahun 2002 dulu..dok gebu-gebu macam tu jugak…Mek yang kata…
Orangnya tak banyak cerita la..kalau betul..betullah..kalau tak betul jangan kata betullah..itu cara Kiai kita…dan juga dialah orang yang saya kenali tak ada masalah..tak caya..tanya dia sendiri…tapi itulah lumrah hidup tak pernah sepi melakukan kesilapan…jadi minta maaf banyak Abang Zali atas salah silap saya di sepanjang perkenalan kita hinggalah ke saat ini.

En Amran aka ACN
Orangnya kata dia ni jangan buat main..orang undang-undang..cita-cita jadi lawyer tapi sudahnya jadi loya burok (Mek juga yang kata)…jadi la…dah berapa banyak periuk nasi staff FMS ni dia tutup rapat saya pun tak pasti..jenuh nak minta maaf nanti…asal dapat kes je…ha mesti mau menang punya ini kes…kalau kalah mau letak jawatan dia…tapi dia kata dah kerja nak buat macamana...cakap-cakap dengan dia kena hati-hati dan berlapik…takut kang dapat lak ‘surat’…tapi itulah kawan-kawan kan…satu je yang dari dulu tak berubah-ubah..dia tak buleh sebut ‘kalau’…tak caya pi sembang dengan dia…Sharon yang cina tu pun boleh sebut ‘kalau’ tapi dia tak boleh…heran betul…katanya lidah dah kena patri…
Namun adakala saya terpaksa gak minta tolong dia…dan yang paling thrill kata dia sepanjang buat kerja-kerja IR ni…handle isu HMSB la…tapi mungkin dia kurang faham lenggok orang kat HMSB ni kot tu yang dia pening sikit tapi dia steady sungguhpun pening…
Sama gak lah En ‘Meghre’..mohon ampun maaf salah silap saya selama ni…satu pesanan…pinggang tu nak kena kurangkan inci dia sikit...

En Noor Aslan aka Abang Manis
Hebat gak orang ni..tanya satu FMS siapa yang tak kenal NAR…sobut ajo Lan semuwo orang kenal…asal Melak tapi ngaku Penang..sebab nak samakan kaler katanya…kalau pasal tolong orang dia kurang dari nombor 1.. memang tak boleh dinafikan…moga murah rezeki dia..sebut aje selagi boleh dia akan tolong..cuma satu je dia tak berapa nak boleh tolong…tapi biarlah dia aje yang tau..
Kawan ni tak kira bangsa..umur..lelaki perempuan..tua muda..mak orang anak orang…dia akan tolong...senyum aje dia bila menolong orang..itu tandanya dia ikhlas bukan mngada-ngada…tak baik korang salah faham…apa event yang dia tak involve dalam FMS ni..semua dia ada..sampai kalau dia takde kita pulak menggelupor tanya mana dia...popular En Lan kita ngalahkan artis..nasib dah macam Musharaf kalau tak faham sendiri la..
Saya kenal lama saudara kita ni sejak di bangku kantin MAS di Subang lagi..lepas ntah macamana kerja bersama lagi..itu tandanya persahabatan tu diredhaiNYA..moga terus berkekalanlah sampai bila-bila..namun saya tak lekang dek kekhilafan saya yang pastinya ada membuatkan En Aslan terasa hati..antara sedar atau sebaliknya. Oleh itu mohon dimaafkanlah saya dan mungkin kalau boleh nak saya backdate sejak dari MAS lagi..boleh dok kawe? Untuk En Aslan moga tercapai hasrat Encik tapi bukan jadi Penyanyi..perancangan Encik itulah…ala yang jauh di sinun tu..saya doakan agar ianya diperkenankan..Insya-Allah.

En Khairul Hisham aka Bob aka Husin aka Leman aka macam-macam namo laie
Seawal kenal Bob saya panggil dia En Khairul..bila MNI kata pergi jumpa Bob, saya kata apa bos aku ni takkan tak tau nama-nama staf..mana ada orang nama Bob..kalau gendut ke tu ada la gak kebarangkaliannya tapi Bob..siapa Bob tu SpongeBob ke? Akhirnya dapat juga cari dia..oooo Bob..besar orangnya cuma sayang muda-muda lagi rambut dah kira tahap ekonomi je..sekarang lagi la…
Tanyo pasal payroll ni semuwo orang tabik dongan diyo..walaupun kekadang tu dia banyak disibukkan dek isu-isu politik semasa tanahair tapi tangkas dia mengendalikan urusan-urusan politik ni semua..hebat..cita-cita dia nak jadi PM tapi saya cakap lupakan ajelah..bayangkanlah kalau kuat makan ‘rasuah’ berapa besar pulak saiznya nanti?? Boleh susah hati semua orang..tapi jangan salah faham PM tu sebonar ae Payroll Manager..dah jadi dah pun. Satu pesan untuk dia janganlah kenakan service charge yang tinggi-tinggi dengan kawan-kawan..bosar periuk bosar korak..bosar ‘rasuah’ bosar laie poruit tu..hanya Bob ajo yang paham..
Maaflah ye..saya kalo dengan Bob ado bunyi bolah-bolah Negori sikit..bukan apo..sebob kami memang suko cakap macam gitu..biar burok botak dari burok melantak..itu ajo posanan poribadi den pado diyo…sobar ajolah Bob..dah dapek kawan macam tu punyo karenahnyo..
Apopun eden totap nak mintak maaf sobab eden ni separoh sodar bilo bobicaro dongan sdaro..pastinyo eden ado buwek sdaro sakit poruit dan hatii..jadi standard la apo laie kalo bukan nak minta maaf dongan sdaro…jadi maafkan lah den wahai sdaro Bob..kalau jumpo den kek mano-mano tu jangan lupo togor..posanan hikmat den yang last..jago lah kosihatan sdaro supayo sonang hati nak nak ‘eh En Nawam pastu En Razali..pastu kluwago pastu takdo sapo-sapo laie dah…teruskan perjuangan..

En Zulhairi dan En Rethwan
Yang 2 budak bujang ni saya kenal baru je..awal tahun ni je baru nak ‘bermesra’ tapi dah saya nak blah dah jadi biarlah mereka terus bermesra berdua..eh gila ape? Tak tau lah kan cuma orang cakap budak UNITEN ni macam gitu lebih kurang…
2 hero ni kira budak hingusan la dalam HR ni tapi kalau pasal gadjet IT/Handphone/Computer semua depa 2 ni champion..nak cerita banyak pun takde mende sangat cuma nak terima kasih tu memang ada la…macam Zul tu terima kasih sebab selalu belanja kami kawan-kawan makan petang (minum kami buat sendiri)..harap diHALALkanlah makanan tu..tapi pastinya siapa saya nak harapkan dapat membeli makan petang saban hari kat tempat kerja baru saya nanti..boleh klon tak? Apa-apa aje lah ye En Zul dan maafkan saya atas segala gurauan yang pastinya terpalit sakit hati atas gurauan yang melampau..gurauan aje yang melampau tapi tidak termaktub sebagai perlakuan yang ‘terlampau’..sorry la ye brader…
Rethwan ni pulak kerja je memanjang..puashati Zali ‘mengerjakan’ dia..iyelah dalam diam tak diam saya memang ada berurusan yang ada gak bagi dia pening kepala pasal isu-isu claims HMSB…tapi la ni dia dah steady dah…jadi dalam berurusan itu macamana pun pasti ada yang geram dan bengang..jadi saya minta maaf atas ketergangguan emosi saudara tu..lagi satu kahwin cepat..jangan delay..sebab nanti kalau delay jadi macam Zul..lama sikit orang akan cakap saudar ni G**..ha macamana?
Untuk saudara ber2..teruskan usaha menimba ilmu dari rakan-rakan HR yang lain..sahut cabaran-cabaran mendatang dengan tabah..

Deq Lynn / Zara / Maz / Rozie / Halijah / Abg Din / Pecal / Roselin / Kak Mariah
Except for Deq Lynn..kita mungkin dah kenal agak lama cuma kurang sikit berurusan je sebelum ini namun tak semestinya saya tak terlepas dari segala sesuatu mengganggu gugat emosi saudara-saudari semua..jadi terpaksa dipendekkan cerita…saya memohon maaf atas segala salah silap saya pada anda semua.
Untuk Deq Lynn..terima kasih atas segala usahasama eh kerjasama lah..dalam urusan 7 Tabiat saya..tanpa bantuan Puan tak mungkin setiap workshop saya dan En Razali Rahmat boleh berjalan lancar..walaupun kekadang tu saya cerewet la jugak tapi Puan sabar aje..maklumlah melayan kerenah orang tua-tua kan…mohon maafkan saya atas kecerewetan saya tu dan juga yang lain-lainnya juga…

Puan Nik Zainora & Puan Norhayati aka ‘2 Gadis’
Mek AKA J. Lo..kat mana yang membuatkan dia digelar sedemikian hanya mereka saja yang tahu..sepanjang saya kerja dengan dia…takde masalah…kalau pasal follow up dia steady kalau pasal buat kerja..hari Sabtu pun dia datang tapi takde claim OT dsb..pasal komitmen..dia boleh pergi Aerobics dan pastu sambung kerja balik kalau dia larat la...la ni YOGA pulak…pun sama..macam tu la dia..takde berkira...tapi memang tak dinafikan la tak perlulah saya nak monitor lebih-lebih pasal kerja dia..tapi tak tau la En Amran kita..mampukah dia mempertahan dan menambahbaikan prestasi kerja J. Lo ni selepas ni...tapi jangan sampai nak goda dia dah la En Amran ye..he heh he..
Jadi macam nilah saya tak boleh nak komen banyak sebab Mek memang steady…cuma saya mahu mohon maaf sebab tak mampu nak terus kerja bersama-sama dan mohon maaf juga saya pada Puan atas salah silap saya sepanjang 7+ bulan kita bekerja sama…moga teruskan bersama En Amran..
Yati ni lagi la saya tak terkata…dia memang seorang yang prihatin...berjiwa sensitif..kalau buat welfare la kan mahu hari-hari menangis…En Amran kalu dia nangis jangan panik la..bukan dibelai dipujuk sebab itu ambil kesempatan namanya…itu perkara biasa la pada Puan Yati kita ni..tapi jangan bagi dia marah..dia marah kalu…ha dia saja yang tahu..kita tak tahu sebab dia tak bagi tahu…ha ha ha…
Sepanjang saya di HMSB sehinggalah ke penghujungnya pun dia masih kerja dengan saya dan dari segi komitmen..macam Mek jugaklah…tak terkomen saya…apapun saya tak terlepas melakukan kesilapan dan mohon maaf atas segala salah silap saya itu.
Yang pastinya 2 ‘Gadis’ ni memang hebat-hebat belaka…dan kepada mereka ni saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih atas sumbangan dan sokongan penuh puan-puan berdua yang tidak ternilai sama sekali selama ini..teruskan memberi sokongan kepada En Amran..samada yang sama atau lebih..dan moga En Amran menjadi boss yang lebih baik daripada saya.
Memang tidak dinafikan FMS ni sebuah syarikat yang baik cuma terpaksa menarik diri demi merealisasikan perancangan 5 tahun saya dan moga kita akan terus berhubungan…no hp Insya-Allah masih yang sama dan andaikata saya perlu menukarnya akan saya usaha untuk memaklumkannya..
Akhirkata sekali lagi saya ingin memanjangkan jutaan terima kasih atas segala sokongan tuan-puan dan rakan-rakan serta memohon maaf atas salah silap saya di sepanjang perkenalan kita semua baik dalam urusan kerja mahupun peribadi.

Wassalam and best regards to all!!

SYAMSUL

Thursday, June 5, 2008

Tunaikan hajat saudara kita


Daripada Ibnu Umar Radiallahuan'hu katanya Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda; "Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka aku akan berdiri di sisi neraca timbangannya. Jika telah berat (timbangan kebaikannya) maka aku biarkan; dan jika ringan maka aku akan mensyafa'atkannya"

Wednesday, May 21, 2008

Antara Perkara-perkara Yang Membinasakan


Sifat KURANG MERASA KASIH TERHADAP SAUDARA SEAGAMA DAN BURUK SANGKA adalah sifat yang menunjukkan kekerasan hati, kekasaran dan kebengisan sikap seseorang. Kesemua sikap ini adalah dikeji dan amatlah buruk. Rasulullah Sallahualaihiwasalam telah bersabda yang bermaksud

”kasihilah sesiapa yang berada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi pula oleh makhluk yang berada di langit”

Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasalam juga bermakksud ”sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak dikasihi oleh orang lain” (Riwayat Syaikhan)

Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasalam lagi bermaksud ”Sesungguhnya Allah mengasihi dari kalangan hamba-hambanya yang pengasih”(Riwayat Syaikhan)

Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasalm lagi bermaksud ”tidak dicabut rahmat melainkan daripada orang yang celaka” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Orang yang tidak mendapati di dalam hatinya perasaan kasih dan belas terhadap seluruh orang-orang Iislam terutamanya orang-orang yang ditimpa musibah dan bala bencana, orang yang lemah dan miskin, yang demikian adalah kerana kekerasan hatinya, kelemahan imannya dan kejauhan dirinya dari Tuhannya.

Bersangka buruk terhadap kaum muslimin juga adalah perbuatan yang dikeji, Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasalam yang bermaksud ”jauhi diri kamu dari berperasangka buruk kerana ia merupakan seburuk-buruk perbicaraan”

Makna bersangka buruk terhadap kaum muslimin adalah bersangka buruk terhadap percakapan dan perbuatan mereka yang lahiriahnya nampak baik dan elok. Kita membuat sangkaan yang berlawanan dengan apa yang dizahirkannya, ini adalah buruk sangka yang paling dasyat.
Ini juga bermaksud kita telah meletakkan perkataan dan perbuatan mereka yang berandaian baik dan buruk pada persepsi yang buruk sedangkan kita boleh meletakkannya pada persepsi yang baik. Ianya timbul dari perasangka yang buruk tetapi tidaklah sedasyat yang pertama. Bersangka baik dengan kaum muslimin berbeza dengan semuanya ini. Apa sahaja perkataan dan perbuatan mereka yang zahirnya nampak baik, maka hendaklah kita mengandaikannya kepada baik dan kita menyangkakannya baik. Apa sahaja perbuatan dan perkataan itu mereka yang berkemungkinan baik dan sebagainya, maka hendaklah kita meletakkannya pada persepsi yang baik. Hendaklah kita mempraktikkannya dengan bersungguh-sungguh dan mintaklah pertolongan Allah Subhan Nahuataa’la. Sesungguhnya Allah Subhanahuataala sahaja yang mengurniakan taufikNya. (dipetik dari kitab ”Qulhazihisabili”- Inilah Jalanku)

Wednesday, May 14, 2008

Siapa Kita di Sisi Allah Subhanahuataala


Allah Subhanahuataala yang Maha Mengasihi para hambaNya, menganugerahkan kepada manusia, pelbagai nikmat-nikmat imdadNya, untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Maka, Allah Subhanahuataala memberikan nikmat-nikmat seperti makanan, minuman, perhiasan, pakaian, tempat tinggal dan segala nikmat maknawi kepada mereka (seperti ikmat usaha, kekuatan, kepandaian, kecerdasan, kesihatan, syahwat dan sebagainya), dalam rangkan untuk menjadikan ianya sebagai asbab untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Itu semua merupakan anugerah dari Allah Subhanahuataala

Namun, setelah pelbagai nikmat yang dikurniakan kepada manusia, kilauan nikmat-nikmat tersebut mengaburi pandangan manusia, sehingga akhirnya merasakan, segala kenikmatan yang dimilikinya daripada hasil usaha dirinya. Bahkan, dia merasakan, dirinya sememangnya mempunyai kuasa mutlak, yang memang lahir dari dirinya semata-mata. Dialah yang bekerja lalu mendapatkan duit dan harta. Dialah yang berusaha sehingga berjaya mendapatkan kekayaan dan perhiasan dunia. Dialah yang merancang dan mentadbir kehidupannya sehingga mampu membentuk sebuah kehidupan yang bahagia. Segala nikmat tersebut dirasakan milik mutlaknya dan hasil dirinya, tanpa menyedari, bahawasnya, Allah Subhanahuataalalah yang selama ini menyampaikan nikmat-nikmat tersebut kepadanya, demi menjamin kehidupannya

Dia seperti makhluk yang lain, yang merasakan dirinya terasing dan berperanan, bebas dari sebarang ketergantungan kepada selain daripada dirinya, sehingga timbul rasa, dirinyalah yang berhak untuk terus hidup, dan dirinyalah yang berkuasa mutlak kepada kehidupannya. Pada ketika itu, manusia mula mengkufuri nikmat Allah Subhanahuataala dan melupakan Allah Subhanahuataala, yang merupakan sumber di sebalik kenikmatan yang diperolehinya.

Si miskin (manusia macam kita) ini menyangka, dirinya mempunyai kuasa di samping kuasa Allah Subhanahuataala dalam alam ini, kerana sekurang-kurangnya merasakan, dirinya mempunyai peranan dalam menguruskan kehidupannya, bebas dari campur tangan sesiapa, umpama tahu segala dimensi yang tersembunyi yang beliau sendiri gagal mengilustrasikannya pada realitinya. Ini merupakan hakikat pendakwaan, bahawa dirinya sudah menjadi tuhan, di samping Allah Subhanahuataala yang mentadbir seluruh alam

Dia lupa, bahawa dia wujud juga hasil dari ciptaan Allah Subhanahuataala, dan dia juga lupa, betapa dia sebenarnya memerlukan Allah Subhanahuatala dan masih lagi lemah seperti suatu ketika dahulu. Hanya, kilauan kenikmatan memukau pandangan hatinya, daripada melihat semua yang dimilikinya daripada Tuhannya, sehingga akhirnya menisbahkannya kepada dirinya.

Inilah sifat Iblis dan Qorun, serta mereka yang mengikuti jejak langkah kedua-duanya, dari kalangan manusia. Merekalah golongan yang mengkufuri nikmat Allah Subhanahuataala takkala tidak mensyukuriNya dan tidak menjadikan kehidupannya sebagai wadah ketaatan dan kehambaan kepadaNya.

Setelah mendakwa rububiyah (ketuhanan diri) dengan menisbahkan kekayaan daripada hasil usaha diri sendiri tanpa mengaitkannya dengan pemberian daripada Allah Subhanahuataala, lalu Allah Subhanahuataala memperkenalkan hakikat rububiyah (ketuhanan) yang sebenar, yang hanya merupakan milikNya semata-mata, kepada yang mengaku kehebatan mereka yang lupa daratan, kita semestinya tiada apa upayapun walalupun untuk menarik dan menghembus nafas di atas mukabumi ini. Kita terus menerus dalam kelekaan menghadapi kehidupan ini dan tanpa disedari terlalu banyak mempertuhankan sesuatu yang lain selain Allah Subhanahuataala.

Pada ketika saat-saat kita dihitung oleh Allah Subhanahuataala, tiada lagi guna penyesalan, setelah Allah Subhanahuataala mencabar "ketuhanan" diri manusia yang leka, dengan ketuhananNya yang mutlak dan Esa, dan itulah akibat bagi mereka yang mendakwa ketuhanan diri di samping ketuhanan Allah Subhanahuataala yang mutlak, takkala menisbahkan segala nikmat kepada dirnya tanpa mengembalikan rasa syukur kepadaNya yang merupakan sumber nikmat imdad tersebut.

Mereka yang tidak merasakan dirinya memerlukan Allah Subhanahuataala semata-mata, dalam segala hal, dan merasakan cukuplah bergantung kepada diri sendiri, maka merekalah orang yang mencabar Allah Subhanahuataala. Tiada yang pernah mencabar Allah Subhanahuataala melainkan pasti akan dikalahkan oleh Allah Subhanahuataala, dalam membuktikan KetuhananNyalah yang hakiki

Apabila seseorang mengenali hakikat diri, yang merupakan makhluk ciptaan Allah Subhanahuataala, pasti pada ketika itu merasai bahawasnya, dia datang daripadaNya, dan hanya kepadaNyalah dia akan kembali. Dari situlah, terdetik rasa diri hanya memerlukan Allah Subhanahuataala, kerana Dia yang memberikan nikmat ijaad (penciptaan), Dialah juga yang sebenarnya memberikan nikmat imdad (meneruskan kelangsungan hidup), bak kata Imam An-Nablusi r.a.: "Sesungguhnya, yang menyirammu untuk terus subur ialah, Dia yang menanam dan menyemaimu suatu ketika dahulu".

Maka, dengan demikianlah, timbul rasa diri memerlukan Allah Subhanahuataala, dan hanya kepadaNyalah, rasa ketergantungan dan pengharapan. Dari rasa memerlukan kepadaNya semata-mata inilah, akhirnya melahirkan rasa kehambaan kepadaNya seterusnya menyebabkan seseorang hamba bersifat rendah diri kepadaNya dan mensyukuriNya di atas segala nikmat yang dimilikinya

"Makhluk yang paling sempurna ialah makhluk yang paling merasakan kehambaan dirinya, dan paling menyaksikan dan mengakui kefaqiran dirinya di hadapan Allah Subhanahuataala.

Lihatlah bagaimana, Saiyyidul Khalq (penghulu bagi sekalian makhluk) Saidina Rasulullah Sallallahualaihiwasal sentiasa menzahirkan rasa memerlukannya di hadapan Allah Subhanahuataala dalam setiap keadaannya, seperti yang digambarkan dalam doa Baginda Sallallahualaihiwasalam yang bermaksud: "Wahai Tuhanku. Baikkanlah segala urusanku. Janganlah serahkan ketergantungan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata, ataupun kepada sesuatu dari kalangan makhlukMu" (hadis riwayat Imam Al-Bukhari, Imam Abu Daud dan Imam Ibn Hibban).

Dalam doa ini, ada rahsia ketergantungan agung Nabi Muhammad Sallalhualaihiwasalam kepada Allah Subhanahuataala dan penyaksian kepada keesaan Allah Subhanahuataala dalam menjadi sumber kebahagiaan dan tempat pergantungan mutlak dan hakiki.

Rasulullah Sallallahualaihiwasalm juga pernah mengakui kehambaan diri Baginda Sallallahualaihiwasalam yang mulia dengan bersabda kepada para sahabat r.a.: "…Sesungguhnya, aku adalah hamba. Maka, katakanlah (tentangku bahawasanya aku): hamba Allah dan Rasul Allah" (hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Ahmad)

Maka, kadar kehambaan diri dan penyaksian akan kefaqiran diri kepadaNya, sesuai dengan kadar makrifatuLlah dan makrifatun Nafs seseorang kepada Allah Subhanahuataala.

Oleh yang demikian, hendaklah seseorang muhasabah diri dengan merasakan diri sebagai insan yang Maha Lemah, sehingga akhirnya mengakui diri memerlukan tempat pergantungan. Pada ketika itu, diri yang lemah pasti akan menghalakan fokus kepada Tuhan yang pernah menciptakannya daripada tiada, kepada ad, sebagai tempat pergantungan abadi, kerana Dia yang menanam, Dialah yang akan membajai dan menyiramnya. Dari sinilah, timbulnya kefahaman bahawasanya, Dialah Allah, yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana, yang merupakan satu-satunya tempat pergantungan

Pada ketika itu, timbul sebuah jambatan yang menghubungkan antara dia dengan Tuhannya, iaitu jambatan kehambaan, takkala rasa diri memerlukanNya, hanya Dia semata-mata

Jangan tertipu dengan kenikmatan, jangan tertipu dengan sebab dan musabbab, kerana ia diciptakan untuk kamu, sedangkan kamu diciptakan untuk Allah Subhanahuataala. Bergantunglah hanya kepada Allah Subhanahuataala, penyebab hakiki, bukan kepada makhluk yang merupakan sebab-musababbab, yang merupakan alat-alat Allah Subhanahuataala dalam menyampaikan nikmatNya kepada kita, kerana sesiapa yang bergantung kepada asbab, asbab itu "patah tumbuh, hilang berganti". Ia tidak kekal. Sesiapa yang bergantung kepada asbab, maka, takkala lenyap asbab, dia akan kebingungan, kebimbangan dan kekalutan
Namun, sesiapa yang bergantung kepada Allah Subhanahuataala, nescaya dia akan kekal bersama keabadian Allah Subhanahuataala, dalam penyaksian kebersamaan abadi. Jika terputus asbab darinya sekalipun, dia tetap tenang, kerana ketergantungannya bukan kepada asbab, tetapi kepada Allah Subhanahuataala. Dengan demikian, dia melihat, ada atau tiadanya asbab dalam kehidupannya, hanya sekadar sebagai suatu interaksi Allah Subhanahuataala. kepadanya semata-mata. Ada asbab itu suatu interaksi dan penjelmaan sifat-sifat Jamal (kecantikan) Allah Subhanahuataala kepadanya dan tiada asbab itu suatu interaksi dan penjelmaan sifat-sifat Jalal (keagungan) Allah Subhanahuataala kepadanya. Dia antara dua hal, juga, iaitu, menyambut penjelmaan Jamal Allah Subhanahuataala dengan kesyukran dan menyambut Jalal Allah Subhanahuataala dengan kesabaran, yang meurpakan buah daripada keredhaannya kepadaNya, yang pada hakikatnya (keredhaannya kepadaNya) merupakan buah keredhaanNya kepadanya.

Sunday, May 11, 2008

BENTUK-BENTUK KEBAIKAN


Terdapat dua bentuk kebaikan; kebaikan bentuk perkataan dan kebaikan dalam bentuk perbuatan.


Kebaikan dalam bentuk perkataan ialah berkata dengan baik, menjaga pergaulan dan hubungan kasih sayang dengan perkataan yang indah. Faktor pembangkit atau pendorongnya ialah akhlak yang baik dan tabiat yang lemah lembut tetapi tidaklah secara berlebih-lebihan hingga menjadi sifat yang tercela. jika dilakukan secara sederhana dan berhati-hati, maka ia menjadi suatu kebaikan yang terpuji. di dalam prosa kata-kata hikmah disebut dan bermaksud: "Barangsiapa yang sedikit pemberiannya, sedikitlah kekasih-kekasihnya"


Manakala kebaikan dari segi perbuatan ialah mencurahkan atau mengerahkan tenaga dan memberikan pertolongan dengan dirinya , serta menghulurkan bantuan pada orang yang ditimpa bencana. Faktor pembangkitnya ialah perasaan suka melakukan kebaikankepada orang lain dan mengutamakan kebaikan bagi mereka. Dalam melakukan kebaikan jenis ini, tiada yang boleh dianggap berlebih-lebihan atau melampau atau mempunyai batasannya. Bebeza dengan kebaikan yang pertama (dalam bentuk kebaikan), kerena jika dilakukan dengan banyak sekalipun, perbuatan-perbuatan tersebut kembali kepada dua menfaat: menfaat kepada pelakunya di dalam mendapat ganjaran dan sebutan yang baik, dan menfaat ke atas orang yang ditolong dengan mendapat keringan dan pertolongan.


Wallahua'lam

Bonus 2008







BUNUS. bonus..bonus.. itulah topik yang bermain dan meniti di bibir setiap pekerja masa dan ketika ini. Situasi sebegini bukanlah suatu perkara baru dalam dlm fms, selagi mana duit tidak dimasukkan dlm akaun selagi itulah mereka excited bercerita dan membuat pelbagai spekulasi berhubung tarikh pembayaran bonus, sesetengahnya ada yang bertaruh sehingga sanggup untuk membelanja kekawan di restauran2 mewah dan juga membuat taruhan yang begitu lumayan, ada juga yang telah beberapa kali ke tempat beli belah kononnya "window shopping" ada yg dah membelek2 katalog pusat2 pelancongan sebagai destinasi membawa anak2 mahupun girlpren, ada yang dahpun menempah hotel2 dan tiket tambang murah merancang bagaimana nak menfaatkan uang yg bakal diperolehi, ada yang daah tukar plan rumah nak tambah setiingkat di atas dan setingkat di bawah tanah, yang paling bagus didengari ada yang ingin gunakan bonus tersebut untuk mengerjakan Umrah membawa anak isteri mahupun suami. Berbeza pula dengan golongan yg satu lagi bilamana mereka boleh merasa lega dengan perolehan bonus nanti kerana dapat menyegerakan lansaian hutang2 lama ceti, along mahupun mana2 institusi kewangan yang mereka ada obligasi.
Apa yang meyakinkan saya bayaran bonus tahun ini lebih lumayan dari tahun2 sebelumnya, mungkin ada yang terkejut beruk bila melihat jumlah uang yg dikreditkan dlm akaun masing2, namun tak boleh dinafikan juga ada yg sedih dan terharu kerana nilai di dlm akaunya kurang sangat berbanding dengan kekawan yang lain. Inilah isu yang saya nak sampaikan sebenarnya, walau lumayan manapun jumlah uang dlm akaun kita nanti dan walau kurang manapun jumlahnya, itu bukanlah ukuran yang terbaik untuk kita menilainya di sisi Allah Subhanahutaala. Yang penting sejauh mana kita menfaatkan nilai tersebut ke arah perkara2 yang yang halal dan kita memperolehi ganjaran yang besar bukan sahaja di dunia ini malah ganjaran tersebut di kira dan dinilai kebaikannya di akhirat nanti. Jangan membazir dengan rezeki dan anugerah Allah Subhanahuataala itu. Bagi Muslimin dan muslimat khususnya banyak ruang2 untuk mengerjakan kebaikan dengan uang2 tersebut. Jadi, carilah peluang tersebut dengan kebijaksanaan masing2, "jangan biarkan aliran uang tersebut umpama sampah hanyut yang mengalir dibawa arus deras yang hanyut ke muara tanpa membawa apa2 menfaat pada lautan luas yang menati" Saya amat meyakini kita semua berpeluang untuk melipatgandakan nilai uang tersebut untuk memperolehi sesuatu yang lebih lumayan disisi Allah Subhanahuataala. Carilah keberkatan dan keredhaanNya, kerana apa yang kita perolehi, apa yang kita miliki dan apa jua yang kurang pada kita adalah sebenar-benarnya ketetapan dan ketentuan dan pemberian rezeki dari Allah Subhanahuataala.
dan saya amat2 MEYAKINI bahawa uang2 tersebut tidak akan kekal lama di tangan tuan2 termasuk saya sendiri, samada ianya habis dibelanjakan ataupun kalau disimpan lama2 di bank atau dilaburkan di mana2 ejen pelaburan pasti ia akan ditinggalkan juga suatu ketika nanti bilamana kita pergi mengadap Ilahi. Maka apa jua cara cubalah sedaya mana mungkin untuk kita menahan hawa nafsu dari membazirkan uang2 itu pada jalan yang tak sepatutnya malah carilah jalan yang boleh mengekalkan ia untuk kita kecapinya di suatu tempat yang kekal abadi nanti. InsyaAllah kita akan memperolehi keberkatan dariNya. Sayapun sebenarnya tidaklah mampu untuk mengerjakan kebaikan melainkan dengan pertolongan dan keizinan dariNya. Cuma pandai bercakap dan berpesan2 pada diri sendiri tak lebih dari itu. Wallahua'lam
Jadi selamat mencucuk dan menekan di ATM pada bila2 masa dari sekarang.









Thursday, May 8, 2008

TEAM HR FMS 2007




Dari kiri, Sham macho, punya kredibility yg tinggi dlm management, punyai skil tersendiri dalam mengendalikan masalah walau apa jua keadaan, orgnya cool dan yg pasti memang sayang bini. Bob orang kuat payroll, kalau tak ada dia umpama kita buat kerja sia-sia makan pasir ler gamaknya, terror dalam memalsukan dokumen2 kerajaan, banyak kes2 jenayah telah dapat diselesaikan oleh beliau dengan cepat dan betul, cuma kelemahan dia cumalah berat badannya makin hari ada peningkatan walaubagaimanapun Kehensomannya tetap terselah kalau nak dibandingkan dengan makhluk2 lain dlm team HR ni, Razali KPP, orangnya warak dan nampak alim, perwatakan orang yang penuh sopan dan menjaga adat, umurnya paling senior di kalangan kita, tak keberatan kalau dipanggil "uncle Lie" tapi amoi Ipoh panggil dia "Bangali", yang ni juga macam sham isterinya memang sayang kat dia, kalau gitu dia lagi sayang kat bini dia. Aslan atau nama jawanya ngaslan dikenali sebagai lelaki serba boleh dan punyai nilai moral yang tinggi, suka memabantu manusia lain tanpa cakap banyak, siapa yg susah memang berlapang dada dia membantu, nampak keikhlasan pada wajahnya dari gerak dan gaya respond yang diberi, bangga dapat sahabat macam gini, cuma kalangan wanita berburuk sangka dengan dia yang menganggap beliau ni gatal sikit, miang banyak namun dia masih lagi memegang anugerah lelaki paling seksi dekat FMS di ketika dan saat ini. Zulkhairi- Budah paling jujur yang pernah ditemui, lurus dan tak pandai nak bercakap bohong, selalu jadi mangsa abang zali yang mengusik dan menguji kejujurannya, namun kejujuranya tak ada dakwa dakwi lagi, kerja rutin dia setiap hari tanpa disuruh beliau pada setiap jam 4 petang akan turun membeli goreng pisang, cekodok dan keropok lekor untuk geng2 HR HQ, Mek J-Loo juga sentiasa membulinya, harap beliau dapat jodoh secepat mungkin tapi bukan dengan Mek. Donny-HR FLS muara tebuan sarawak, pendiam tapi bising bila ketemu jodoh dia, suka kawan denagn perempuan, nampak macam lembut jer tapi kekerasannya terbukti bila isterinya melahirkan beberapa orang zuriat buat beliau. Izahar-Pemain pro snooker tahap umur 35 tahun ke bawah, pernah menjuarai Juara snoker peringkat Taman desa dan pandai bermain bowling. kerja ddi bahagian payroll namun jodohnya dgn FMS tak lama, beliau berhenti kerja dan sekarang memandu Marcedese S320, wow!!! kita tak tentu lagi boleh pegang stereng keter tu kan. MNI- Manusia yg tak kenal putus asa dan kuat semangat, jarang kalangan kita yg ada kekutan mental macam dia, dah lama pengalaman HR, namun ketelitian beliau melakukan kerja sukar ddiatasi oleh kalangan pengamal2 HR masa kini, aku tabik sama dia, dan pesan saya pada geng2 HR, sesiapa yg ada salah silap dengan beliau ni cepat2 mintak maaf sebab mungkin ada kalangan kita yag sentiasa berburuk sangka dengan beliau, bagi saya beliu sebenarnya lain dari apa yang kita lihat. sama2 kita menginsafi diri kita sendiri. Peah-Taiko dan org kuat HR sabah. anak hartawan sabah, satu kehairanan dari mausia sekecil kecilnya sehingga setua2nya bila jumpa dgn beliau akan memanggilnya "boss" agaknya dia ni boss besar, aku mengenali beliau sejak tahun 1992 pernah jadi roomate di kolej Petronas, sahabat baik aku sejak dulu lagi, satu dalam seribu punya sahabat yang suka duka dihadapi bersama, banyak pengalaman pahit manis dihadapi dan beliau tetap kawan sejati. Doa moga beliau dapat menimang cahaya mata ke 3 secepat mungkin. Razali Hamid- Inteligent guy, pakar nombor tapi bukannya nombor ramalan, memang kelas gayanya bercakap dan berperanan, yang ni sorang lagi memang sayang sangat kat bini dia. Selalu buat lawak maut punya.. kalau org tak tahan nak dengan tajam lidahnya jangan sesekali cuba menguji. yg last kat belakang tu... acn budak kacamata yg menyimpan seribu satu rahsia kehidupan yang sukar diramalkan oleh insan lain. tal payah cerita lebih dia ni sampai dan mudah untuk diajak berbicara.


Baris hadapan, Veron-Gadis genit dan menawan suatu ketika dulu dari melihat gaya dan perwatakan dia ketika ini, mungkin aku juga jatuh cinta dengan dia kalau ketemu dia dulu, mungkin dia ramai kekasih waktu dulu2, kini dah berumah tangga dan telah hidup bahagia disamping famili tercinta. Zai Kedah- Anak jati kedah sejati-jatinya, kalau dia ke negara china sekalipun org cina pun akan tahu dia ni org kedah sebab senyuman manisnya tulah yg dianggap luar biasa. Suka mintak anak dengan laki dia, satu pesan dia yg saya tak boleh lupa iaitu petua kalau nak dapat anak "tidur jangan pakai seluar dalam" katanya. Shafinaz Kamunting-disebut sebut sebagai maharani di Plant Kamunting. memang energy orgnya, pendiam, anak orang berada yg kaya raya, banyak harta bergedung2. tak heran kalau tak kerja, makan harta yg ada tak habis sampai bila2. Workaholic. Harap dia dapat jodoh secepat mungkin agar dapat berkongsi hartanya dengan orang lain. Maulia yang manis, sejak dulu kini dan mungkn selamanya seorg pekerja yg patut dicontohi, bekerja keras, tak kenal siang malam, kerja..kerja..kerja..kerja, sampai mak dia pening dan kata.. kalau asyik kerja mahu kawinnya bagaimana sik..!! ini pun aku mendoakan dijodohkan cepat dengan jejaka yang penyayang. Ms Chin- Head HR Wilayah Serawak, punyai kuasa mistik yang luar biasa, hanya org tahu sahaja tahu perkara ni, Hebat dan berkuasa orangnya, setiap kali dia lalu depan anak buah di pejabat, semua tabik pada dia, yg ni sorang lagi tak tahu penat lelah bekerja demi masa depan syarikat, ibarat lilin membakar diri untuk menerangi insan lain, bila lagi nak kawin tak tahu, saja nak cerita "aku pernah bersamanya berdua-duaan dalam bilik di pejabat" namun segalanya selamat saya selamat dan dia selamat dari segala keburukan perinsip dia dan aku sama. Kawan tak boleh makan kawan apatah lagi kalau perempuan dgn lelaki.hehehe. Datin Jane - Wanita rupawan menerima title Datin dari kesultanan melayu Riau. atas jasanya pada memperjuangkan diskriminasi antara orang dapur dan bukan orang dapur. Perwatakan yg menarik, lembut percakapannya, 24 jam melemparkan senyuman menawan, sah bagi aku menyatakan beliau adalah isteri yg penyayang, boleh menjadi surirumah yang terbaik, pernah dengar cerita kecekapan dan kerajinannya memasak dirumah, tong gas 3 tong dalam sebulan ditukar, itulah kehebatan dia yg sukar ditandingi. Puan Hasniyah- Siapa tak kenal beliau mashur saentero dunia khususnya dalam dan luar UEM group, tak pernah marah orang, senyum dan selalu berkata dengan perkara baik2, wanita, ibu dan isteri yang baik yang pernah aku kenali. Liza - tak tahu nak komen apa sebab semua org kenal dia kan. Tini- dah renti kerja sebab kecewa dan dapat offer baik dari company baru, dengar cerita kerja dekat NAZA, siapa nak beli kereta Kia boleh hubungi beliau mungkin dapat diskaun. Sharon-Along bukit Beruntung, Suka kenal dan bersahabat dengan beliau walaupun punyai perwatakan kasar namun ada sejuta kelembutan tersebunyi. Ramai yg kalau mula2 kenal tersentak dengan perwatakan beliau, punyai 4 anak dan suami seeorang Executif Cheff pemilik dua rangkaian Restauran Laksamana Cheng Ho di Ipoh yg namanya sedang meningkat naik buat masa ni. Dengar cerita dan tengok gaya dia ni memang kuat sex.. tapi tak tahu ler betul ker idak. Junita- Yang sorang lagi dah berenti dok kat Suria Capital jadi big boss kat sana, org yg punyai cita2 tinggi, dah bahagia di tanahair suaminya. Moga dia bahagia dengan cita-citanya..

itulah dia kisah dan teladn pada sahabat yg aku kenali..