Wednesday, May 21, 2008

Antara Perkara-perkara Yang Membinasakan


Sifat KURANG MERASA KASIH TERHADAP SAUDARA SEAGAMA DAN BURUK SANGKA adalah sifat yang menunjukkan kekerasan hati, kekasaran dan kebengisan sikap seseorang. Kesemua sikap ini adalah dikeji dan amatlah buruk. Rasulullah Sallahualaihiwasalam telah bersabda yang bermaksud

”kasihilah sesiapa yang berada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi pula oleh makhluk yang berada di langit”

Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasalam juga bermakksud ”sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak dikasihi oleh orang lain” (Riwayat Syaikhan)

Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasalam lagi bermaksud ”Sesungguhnya Allah mengasihi dari kalangan hamba-hambanya yang pengasih”(Riwayat Syaikhan)

Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasalm lagi bermaksud ”tidak dicabut rahmat melainkan daripada orang yang celaka” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Orang yang tidak mendapati di dalam hatinya perasaan kasih dan belas terhadap seluruh orang-orang Iislam terutamanya orang-orang yang ditimpa musibah dan bala bencana, orang yang lemah dan miskin, yang demikian adalah kerana kekerasan hatinya, kelemahan imannya dan kejauhan dirinya dari Tuhannya.

Bersangka buruk terhadap kaum muslimin juga adalah perbuatan yang dikeji, Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasalam yang bermaksud ”jauhi diri kamu dari berperasangka buruk kerana ia merupakan seburuk-buruk perbicaraan”

Makna bersangka buruk terhadap kaum muslimin adalah bersangka buruk terhadap percakapan dan perbuatan mereka yang lahiriahnya nampak baik dan elok. Kita membuat sangkaan yang berlawanan dengan apa yang dizahirkannya, ini adalah buruk sangka yang paling dasyat.
Ini juga bermaksud kita telah meletakkan perkataan dan perbuatan mereka yang berandaian baik dan buruk pada persepsi yang buruk sedangkan kita boleh meletakkannya pada persepsi yang baik. Ianya timbul dari perasangka yang buruk tetapi tidaklah sedasyat yang pertama. Bersangka baik dengan kaum muslimin berbeza dengan semuanya ini. Apa sahaja perkataan dan perbuatan mereka yang zahirnya nampak baik, maka hendaklah kita mengandaikannya kepada baik dan kita menyangkakannya baik. Apa sahaja perbuatan dan perkataan itu mereka yang berkemungkinan baik dan sebagainya, maka hendaklah kita meletakkannya pada persepsi yang baik. Hendaklah kita mempraktikkannya dengan bersungguh-sungguh dan mintaklah pertolongan Allah Subhan Nahuataa’la. Sesungguhnya Allah Subhanahuataala sahaja yang mengurniakan taufikNya. (dipetik dari kitab ”Qulhazihisabili”- Inilah Jalanku)

No comments: