Friday, October 9, 2009

ucapan persaraan penuh makna

Rakan2 sepejabat dan seHR,

Walaupun secara resmi hari Jumaat hadapan, 16 Okt, ialah tarikh akhir perkhidmatan saya dengan FMS, hari ini ialah hari bekerja saya yang terakhir.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga HRA (HQ & regions) atas segala usaha dan sumbangan sdr/sdri dalam menghasilkan tugasan harian kita, demi memastikan kelancaran perjalanan Syarikat ini. Saya juga tidak akan lupa komitmen yang sdr/sdri berikan untuk menjayakan projek2 yang diamanahkan, walaupun seringkali target dates yg diterima agak menyesakkan dada. Lebih membanggakan lagi apabila sdr/sdri tidak pernah merungut apabila menerima tugasan2 tambahan seperti itu ( at least not in front of me la….).

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Hasniyah yang telah banyak membimbing kita. Beliau tidak pernah lokek ilmu dan sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman. Kehadiran Pn sejak awal 2006 telah meningkatkan kelicinan perkhidmatan HR, disamping menambahbaik lagi penyelarasan HR practices di FMS dengan the Group. Keceriaan beliau pula banyak membantu meredakan tension kerja.

14 tahun (since 1995) bukanlah tempoh yang singkat, namun lalunya waktu tidak terasa. Secara peribadi, saya ingin memohon maaf jika ada kalanya saya terkasar, tersilap atau terlepas kata, samaada ketika kita sama-sama menjalankan tugas, atau ketika berseloroh.

Sebelum berundur, sedikit khidmat pesanan ringkas dari saya;

Jangan ‘segan’ untuk menambah dan meningkatkan ilmu… continue to Learn. Pada masa yang sama, jangan ‘kedekut’ untuk berkongsi ilmu yang kita ada, sebab ilmu yang dikongsi akan menjadikannya lebih subur. ( tak ingat nama pendita yang madah lagu tu… sorry).

Saya yakin bahawa, dengan kepimpinan Pn Hasniyah, komitmen warga HRA (HQ & regions), diperkasakan dengan peningkatan ilmu/kemahiran berkaitan, mertabat HR akan terus meningkat dan HR FMS akan terus relevant.

Sekali lagi, Terima Kasih for everything, semoga segala usaha gigih sdr/sdri memperoleh keberkatan.

Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

Penuh bermakna, sayu..beginilah resam manusia, bila di hujung baru timbul kesedaran...Patutlah manusia diseru untuk ingat 5 perkara ini sebelum tiba 5 perkara itu nanti ya....